Jumaat, 3 Julai 2009

kelebihan berselawat keatas RASULULLAH

assalamua'laikum,
pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai selawat nabi,ini kerana kini saya sedang bergiat dalam majlis-majlis maulid ad-daibai' iaitu majlis pembacaan khasidah-khasidah memuji rasulullah dari kitab karangan AL-HAFIZ WAJIHUDDIN ABU 'ABDILLAH ABDUL RAHMAN IBNU 'ALI IBNI MUHAMMAD IBNI UMAR AS-SYAIBANI AZ-ZABIDI AS-SYAFIE yang masyhur dengan gelaran Al-imam Ibnu Ad-Daibai'.mungkin ramai yang tidak apa itu mualid.pada kali ini saya ingin brkongsi mngenai kelbihannya dahulu.umpama kita ingin berguru sudah pasti kerana ilmu dan kelebihan yang ada pada guru itu.


"ya ALLAH kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad (saw) sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat utk junjungan Nabi Muhammad (saw) sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya bahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad (saw) sebagaimana engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad (saw) sebagaimana telah engkau perintahkan"

  1. menjunjung perintah Allah subhanahu wa ta'ala.
  2. ditnggikan pangkatnya 10darjat.
  3. dituliskan baginya 10 kebajikan.
  4. dihapuskan baginya 10 kejahatan.
  5. mendapat syafa'at Nabi(saw)
  6. mengampunkan dosa.
  7. menyelesaikan masalah dan mghilangkan dukacita.
  8. membolehkan dekat dengan nabi (saw) pd hari kiamat.
  9. ditunaikan segala hajat.
  10. mengharumkan majlis dan tidak ada penyelesaian dalam majlis itu.

Dari :kitab jilaul afham

susunan :ibnu qoyyim al jauziah(wafat pada tahun 751 H)

***********************************


Sabtu, 13 Jun 2009

solat-perkara yang kini dipandang remeh

Satu perkara yang kini sering dipandang remeh adalah solat.ramai yang tidak tahu kenapa kita perlu solat, adakah warisan turun temurun atau sekadar suka-suka.pada kali ini saya ingin kongsikan sdikit ilmu walaupun saya masih dalam pelayarn mencari ilmu.

Solat adalah ibadah yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Satu daripada rukun Islam yang lima. Suatu kewajipan pada setiap individu yang telah mencapai usia baligh.solat yang difardukan ke atas umat Islam adalah lima waktu sehari semalam. Soat telah disyari’atkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah.

Fiman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’:
Maksudnya; Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya
Terlalu banyak perkara yang perlu diketahui tentang solat.

Orang-orang yang menunaikan solat dengan sempurna akan dikurniakan pelbagai kelebihan. Berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w. ;
Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya:
Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam. Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat. Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah. Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya (Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 12 )

Khamis, 2 April 2009

kemalangan jalal-satu perkara yang x diduga

assalamualaikum,setelah lama tidak menulis akibat kekangan masa dan idea, kini saya kembali dengan satu berita yang agak mengejutkan..pada 30/3/2009 pada jam 2.30 pagi saya mnerima satu pesanan ringkas yang lebih dikenali sms dari sahabat saya syfiq abd rahman yang menyatakan kemalangan jalal yang katanya dalam kritikal dan sedang menjalani pembedahan...saya pun terfikir adakah ini satu gurauan...mata yang mengantuk terasa cerah...hampir setengah jam saya termenung adakah ini satu realiti..lalu saya putuskan untuk menelefon syafiq untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,lalu syafiq mengesahkan apa yang berlaku..berderau darah saya dibuatnya...perlahan2 saya mengetuk pintu bilik mak untuk meminta izin untuk pergi..

ketika sampai di hospital,syafiq setia menunggu kehadiran saya di hadapan pintu lif untuk kebilik bedah..saya lihat emak jalal terduduk diatas kerusi manakala kakaknya masih menangis membuatkan hati saya terasa sayu.syafiq memberitahu jalal sudah sejam didalm bilik bedah..tiba2 ayah jalal muncul..dia meminta saya dan syafiq berdoa agar segalanya selamat..sejam kemudian tepat jam 5 pagi doktor menyatakan jalal boleh mula dilawati tetapi diterhadkan kepada 2 orang sahaja pada satu-satu masa..saya memasuki setengah jam kemudian..ketika melangkah masuk hati saya berdebar-debar,kaki terus melangkah ke katil bernombor 14...terbujur satu tubuh yang tidak bergerak sedikitpun melainkan dada yang berombak-ombak..berselirat wayar disana-sini..doktor menyatakan jalal masih koma...saya hanya mampu menadah tangan berdoa semoga rahmat ALLAH turun keatas saudara saya jalal untuk menyembuhkannya...inilah pertama kali saya melihat jalal terlibat dalam kemalangan..10 tahun kami berkawan inilah pertama kali perkara yang tidak diduga berlaku..

Rabu, 11 Februari 2009

Rabu, 4 Februari 2009

buat umat islam malaysia

Maksiat halang tekun beribadatOleh

APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah?
Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah. Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan? Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat. Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu. Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis. Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.