Khamis, 7 Januari 2010

siapakah syeikh muhammad nazim



Nama lengkap Maulana adalah Muhammad Nazim ‘Adil ibn al-Sayyid Ahmad ibn Hasan Yashil Bash al-Haqqani al-Qubrusi al-Salihi al-Hanafi q.s., semoga Allah swt. mensucikan ruhnya dan merahmati nenek moyangnya. Kunya (nama panggilan) beliau adalah Abu Muhammad dari nama anak laki-laki tertua beliau selain itu beliau pula adalah ayah dari Bahauddin, Naziha, dan Ruqayya.Beliau dilahirkan pada tahun 1341 H (1922 M) di kota Larnaka, Cyprus (Qubrus) dari suatu keluarga Arab dengan akar-akar budaya Tartar. Ayah beliau adalah keturunan dari Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani q.s dan ibu beliau adalah keturunan dari Maulana Jalaluddin ar-Ruumi q.s. Ini menjadikan beliau sebagai keturunan dari Nabi suci Muhammad s.a.w., dari sisi ayahnya, dan keturunan dari Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq, r.a dari sisi ibundanya. Setelah menyelesaikan pendidikannya di Cyprus, Maulana melanjutkan pelajarn ke perguruan tinggi di Istanbul dan lulus sebagai Sarjana Teknik Kimia. Di sana, beliau juga belajar bahasa Arab dan Fiqh, di bawah bimbingan Syaikh Jamal al-Din al-Alsuni q.s. (wafat 1375H/1955M) dan menerima ijazah dari beliau. Maulana juga belajar tasawwuf dan Thariqat Naqsybandi dari Syaikh Sulayman Arzarumi q.s. (wafat 1368H/1948M) yang akhirnya mengirim beliau ke Syam (Syria).Maulana melanjutkan pelajaran Syari’ahnya ke Halab (Aleppo) Hama, dan terutama di Homs. Beliau belajar di zawiyya dan madrasah masjid sahabat besar Sayyidina Khalid ibn Al-Walid r.a. di Hims/Homs di bawah bimbingan Ulama besarnya dan memperoleh ijazah dalam Fiqh Hanafi dari Syaikh Muhammad ‘Ali ‘Uyun al-Sud q.s. dan Syaikh ‘Abd al-Jalil Murad q.s., dan ijazah dalam ilmu Hadits dari Muhaddits Syaikh ‘Abd al-‘Aziz ibn Muhammad ‘Ali ‘Uyun al-Sud al-Hanafi q.s. Perlu dicatat bahawa yang terakhir adalah salah satu dari sepuluh guru hadits dari Rifa’i Hafizh di Aleppo, Syaikhul Islam ‘Abdullah Siraj al-Din q.s. (1924-2002 M), yang duduk berlutut selama dua jam di bawah kaki Maulana Syaikh ‘Abdullah Faiz Daghestani q.s. ketika yang terakhir ini mengunjungi Aleppo di tahun 1959 dan yang memberikan bay’at dalam Thariqat Naqsybandi pada Maulana Syaikh Nazim q.s., ketika Maulana Syaikh Nazim q.s. mengunjunginya terakhir kali di Aleppo di tahun 2001, sebagaimana diriwayatkan Ustadz Muhammad ‘Ali ibn Maulana al-Syaikh Husayn ‘Ali q.s. dari Syaikh Muhammad Faruq ‘Itqi al-Halabi q.s. yang juga hadir pada peristiwa terakhir itu. Maulana Syaikh Nazim q.s. juga belajar di bawah bimbingan Syaikh Sa’id al-Siba’i q.s. yang kemudian mengirim beliau ke Damsyik setelah menerima suatu pertanda berkaitan dengan kedatangan Maulana Syaikh ‘Abdullah Faiz Ad-Daghestani q.s. ke Syria. Setelah kedatangan awal beliau ke Syria dari Daghestan di akhir tahun 30-an, Maulana Syaikh ‘Abdullah q.s. tinggal di Damsyik, tetapi sering pula mengunjungi Aleppo dan Homs. Di kota yang terakhir inilah, beliau mengenal Syaikh Sa’id al-Siba’i q.s. yang merupakan pemimpin Madrasah Khalid bin Walid. Syaikh Sa’id q.s. menulis pada beliau (Maulana Syaikh ‘Abdullah q.s.), “Kami mempunyai seorang murid dari Turki yang luar biasa, yang sedang belajar kepada kami.” Maulana Syaikh ‘Abdullah q.s. menjawab padanya, “Murid itu milik kami; kirimkan dia kepada kami!” Murid itu adalah guru kami, Maulana Syaikh Nazim q.s., yang kemudian datang ke Damsyik dan memberikan bay’at beliau pada Syaikh ‘Abdullah Faiz Ad-Daghestani q.s. antara tahun 1941 dan 1943.Pada tahun berikutnya, Maulana Syaikh ‘Abdullah q.s. pindah ke rumah baru beliau yang dibeli oleh murid Syria pertamanya, dan khalifahnya yang masih hidup saat ini, Mawlana Syaikh Husayn ibn ‘Ali ibn Muhammad ‘Ifrini al-Kurkani ar-Rabbani al-Kurdi as-Syaikhani al-Husayni q.s. (lahir 1336H/1917M)semoga Allah swt. mensucikan ruhnya dan merahmati nenek moyangnya di Qasyoun, suatu gunung yang menghadap Damsyik. Maulana Syaikh Nazim q.s. juga membeli sebuah rumah dekat rumah Syaikh ‘Abdullah Faiz q.s. dan bersama Maulana Syaikh Husayn q.s., membantu membangun Masjid al-Mahdi, Masjid Syaikh ‘Abdullah, yang akhir-akhir ini diperbesar menjadi sebuah Jami’, di mana di belakangnya terletak maqam dan zawiyya Syaikh ‘Abdullah q.s. Kemudian Maulana Syaikh Nazim q.s.tinggal di Damsyik sejak pertengahan tahun 40-an hingga awal 80-an, sambil sesekali melakukan perjalanan untuk belajar atau sebagai wakil Syaikh ‘Abdullah q,s hingga Syaikh Abdullah q.s. wafat di tahun 1973. Setelah tahun itu, Maulana tinggal di Damsyik beberapa tahun sebelum kemudian balik ke Cyprus.“Ketika seorang Waliyyu-llah yang telah berumur lapan puluh-an di Johor, Malaysia, al-Habib ‘Ali ibn Ja’far ibn ‘Abd Allah al-‘Aidrus menerima kami di rumahnya di bulan Mei 2003, mengenakan pakaian yang tak pernah berubah sejak tahun 1940-an, beliau terlihat seperti Maulana dalam segenap aspeknya, dan bahkan terlihat menyerupainya ketika beliau meminta maaf atas bahasa Arabnya yang tidak fasih. Ketika kami memohon doa beliau bagi negeri-negeri kita yang terluka dan bagi penduduk-penduduknya, beliau menjawab, “Ummah ini terlindungi dan berada pada tangan-tangan yang baik, dan pada Syaikh Nazim q.s. telah kau dapati kebercukupan!”Setelah kewafatan Syaikh 'Abdullah Faiz q.s., Syaikh Nazim telah mengambil alih tampuk kepimpinan Tariqat Naqshbandi seperti yang telah diwasiyatkan oleh Syaikh 'Abdullah Faiz sehingga sekarang. Beliau sekarang berumur 87 tahun dan masih terus menyebarkan ajaran kecintaan kepada umat manusia. Muridnya berada di seluruh dunia dengan bilangan yang mencecah jutaan orang sehinggakan manusia takut dengan bilangannya. Beliau adalah Sulthon-ul-Awliya zaman ini.

dipetik dari AHLULHAQqANI.blogspot.com

Tiada ulasan: